Perutusan Jurutera Daerah

 

 

Assalamua'laikum & Salam Satu Malaysia.

Selamat datang ke Portal Rasmi JKR Daerah Perak Tengah.

JKR Daerah Perak Tengah adalah merupakan antara pejabat yang penting di Jabatan Kerja Raya Perak dimana pejabat ini menjadi jabatan pelaksana untuk projek-projek negeri dan persekutuan bagi seluruh daerah Perak Tengah.

Sejajar dengan hasrat untuk menjadi sebuah pejabat JKR daerah yang terunggul di JKR Perak Darul Ridzuan, kami komited untuk melaksanakan perkhidmatan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam bidang perundingan, pelaksanaan projek, senggaraan jalan dan bangunan dan khidmat nasihat untuk mencapai tahap kualiti bagi keselamatan, keselesaan dan kepuasan pelanggan dengan memberi penekanan kepada jangka masa secepat mungkin, kos yang ekonomikal dan rupabentuk dan mutu yang terbaik.

Dengan melayari laman web ini, adalah diharapkan pelanggan JKR Perak Darul Ridzuan akan dapat memperolehi maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh pejabat ini khasnya dan JKR Perak amnya.

Selamat melayari Portal Rasmi JKR Perak Tengah, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sekian. Terima kasih.

 

NORAIDA BINTI YUSOF

Jurutera Daerah
JKR Perak Tengah

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.